Covid-19: Sabah Catat Empat Kes Baharu Di Sandakan & Tawau

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan empat kes positif Covid-19 hari ini membabitkan tiga kes import dan satu kes tempatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, daripada jumlah kes import itu, dua kes merupakan warganegara manakala satu kes merupakan seorang warga asing dari negara Filipina.

Sehubungan itu, bagi kes tempatan pula ia melibatkan warga asing.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon menerusi akaun Facebooknya memaklumkan, jumlah keseluruhan kes di negeri ini kini sebanyak 415 kes.

Katanya, tiga kes baharu hari ini dikesan di Sandakan manakala satu kes lagi di Tawau.

Tambahnya, tiada kes pulih dan kematian dilaporkan hari ini.

Setakat ini, bilangan kes aktif yang dirawat di hospital berpakar di seluruh Sabah adalah seramai 17 kes.

Di peringkat nasional, Malaysia mencatatkan 11 kes baharu menjadikan jumlah kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 9,114.

Menurut KKM, terdapat lapan kes yang dilaporkan pulih daripada jangkitan pandemik tersebut menjadikan jumlah kes pulih setakat ini sebanyak 8,817.

Jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 kekal 125 apabila kali terakhir kes kematian dilaporkan membabitkan seorang warga Filipina dari Sabah pada 29 Julai lalu.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *