400 PATI Dihantar Pulang Ke Filipina

Seramai 400 PATI warga Filipina dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan, hari ini. – Foto MKN

SANDAKAN: Seramai 400 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina dihantar pulang ke tanah air mereka melalui Pelabuhan Sandakan, di sini, hari ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata, proses berkenaan adalah siri ke-23 bagi tahun ini, menjadikan jumlah PATI yang diusir seramai 5,645 orang.

Seramai 400 PATI warga Filipina dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan, hari ini. – Foto MKN

“Semua PATI berkenaan dihantar ke negara asal mereka melalui jalan laut terus ke Zamboanga di Filipina.

“Semua PATI menjalani ujian saringan COVID-19 bagi memastikan mereka dalam keadaan sihat sebelum dihantar pulang untuk melalui perjalanan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, MKN Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kasih kepada kerajaan Filipina kerana memberi kerjasama dalam memastikan urusan pengusiran berjalan lancar.

Seramai 400 PATI warga Filipina dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan, hari ini. – Foto MKN

“Pihak kami terus komited melaksanakan pengusiran PATI dan semua aktiviti berkaitan penguatkuasaan terhadap PATI walaupun ketika wabak COVID-19 masih belum berakhir.

“Diharapkan semua pihak memberi kerjasama dan sokongan terhadap usaha ini.

“Agensi penguatkuasaan sangat menghargai sebarang maklumat dan bantuan diberikan penduduk tempatan dalam menjejaki dan menangkap PATI yang menyusup masuk ke negara kita,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pencerobohan PATI dinasihatkan segera menghubungi National Task Force di talian 011-62511223.

Sh Sitti Saleha berkata, masyarakat tempatan juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati jika berhadapan PATI kerana status kesihatan mereka tidak diketahui, lebih-lebih lagi ketika ini negara jiran masih lagi mencatatkan kes jangkitan COVID-19 yang tinggi. – Berita Harian

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *