(VIDEO) Hantar ‘Hitachi’ Roboh Rumah Isteri Muda

Tangkap layar daripada video yang tular di media sosial.

JAKARTA: Cemburu si isteri tua menyebabkan wanita ini nekad menghantar sebuah jentolak untuk merobohkan rumah madunya.

Berdasarkan video yang tular, kejadian dipercayai berlaku di Desa Mangga Dua, Serdang Bedagai di Sumatera Utara.

Tangkap layar daripada video yang tular di media sosial.

Ia dipercayai akibat isteri tua tidak berpuas hati suaminya dikatakan membelikan rumah baharu untuk isteri muda.

Aksi itu dirakam individu dikenali Sugi Sergai hingga tular di media sosial.

“Isteri tua menghantar sebuah jentolak untuk meratakan rumah isteri muda.

“Dia (isteri tua) marah dan cemburu selepas mengetahui suaminya membelikan rumah baru untuk madunya,” kata Sugi seperti yang dilaporkan suara.com.

Tangkap layar daripada video yang tular di media sosial.

Dalam perkongsian video berdurasi 8 minit 47 saat itu, sebuah jentolak digunakan untuk merobohkan bumbung dan dinding rumah si isteri muda sehingga rata.

Suasana di tempat kejadian juga riuh dengan suara penduduk kampung memanggil nama si steri muda yang didakwa sedang hamil tiga bulan.

Warganet memberikan pelbagai reaksi dengan sebilangan menyokong dan sebahagian lagi membantah tindakan isteri tua terbabit.

“Hancurkan saja rumah pencuri suami orang sehingga rata,” ujar seorang pengguna laman sosial.

Namun, netizen lain mengecam tindakan isteri tua dan mahu kejadian itu dilaporkan kepada polis.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *