Tunjuk Bukti Atau Kami Saman: Kenny Chua

Kenny Chua

KOTA KINABALU: Penyandang DUN Inanam Kenny Chua (gambar) berkata semua wakil rakyat yang mengalihkan sokongan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menuduh mereka telah dirasuah dan menerima jutaan ringgit untuk melompat parti.

Katanya, sesiapa sahaja yang membuat tuduhan seumpamanya di mana-mana platform media sosial mesti menyokong dakwaan itu dengan bukti, atau jika tidak, mereka akan berdepan tindakan undang-undang.

“Tunjukkan kepada kami bukti atau jika gagal, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Peguam-peguam kami sudah bersedia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. – Harian Ekspres

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *