Harga Pelitup Muka Diturunkan Kepada RM1 Sekeping

Pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam yang sesak dan pengangkutan awam mulai 1 Ogos.

KUALA LUMPUR: Harga pelitup muka akan dijual pada kadar lebih rendah, iaitu RM1 sekeping di peringkat runcit manakala 95 sen di peringkat pemborong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, ketika mengumumkan perkara itu berkata ia adalah sebahagian daripada pendekatan untuk membantu rakyat, khususnya golongan ibu bapa yang perlu membekalkan pelitup muka untuk kanak-kanak ke sekolah.

Selari perkembangan semasa, katanya, harga semasa pelitup muka akan terus diturunkan di bawah paras 95 sen sekeping di peringkat pemborong dan RM1 sekeping di peringkat runcit.

“Kita bersedia untuk turunkan lagi kepada paras harga yang lebih rendah pada masa akan datang,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Stampin) mengenai rasional peningkatan harga maksimum pelitup muka daripada RM0.80 sen sekeping ke RM1.50 sekeping.

Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awak yang sesak dan pengangkutan awam mulai 1 Ogos manakala harga siling diturunkan kepada RM1.50 mulai 15 Ogos ini.

Minggu lalu di Dewan Rakyat, Nanta dilaporkan berkata, kerajaan bercadang menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan ke paras bawah RM1.20 seunit mulai 15 Ogos.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *