Shafie Apdal Mahu Utamakan Penyatuan Rakyat Malaysia Jika Jadi PM

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang diumumkan sebagai calon perdana menteri pembangkang terbaik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai mampu menjadi ‘penyelesaian’ kepada isu Mahathir-Anwar.

Mohd Shafie yang bersyukur dengan cadangan itu juga berkata terdapat ramai rakyat Malaysia yang juga layak untuk jawatan itu.

Mengulas lanjut tentang potensi menjadi perdana menteri yang pertama yang berasal dari Sabah, Mohd Shafie berkata tumpuan bukan sahaja kepada ekonomi, tetapi keutamaan akan diberi untuk menyatukan rakyat pelbagai bangsa dan agaima.

“Saya tubuhkan Warisan sebagai parti berbilang kaum. Keutamaan perlu diberikan untuk menyatukan rakyat,” kata Mohd Shafie dalam satu temu bual dalam rancangan radio Breakfast Grill BFM.

Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah sementara (caretaker) berkata, usaha pembangunan negara adalah impian pemimpin terdahulu (nenek moyang) dan yakin Sabah mampu memacu persaingan dalam negara.

“Kedudukan Sabah yang strategik dan kawasan yang luas boleh meningkatkan industri perdagangan dan industri pelancongan negara,” katanya. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *