Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu Dikawal Ketat

Situasi tenang di Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini. – Foto Bernama

KOTA KINABALU, 7 Ogos: Suasana kawasan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini yang akan menyaksikan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini, yang dibawa oleh 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), nampak tenang.

Anggota polis dilihat mengawal ketat kompleks mahkamah dalam memastikan aspek keselamatan serta langkah pencegahan penularan COVID-19 antaranya pemeriksaan suhu badan, pendaftaran pelawat dan penjarakan fizikal dilakukan.

Bagaimanapun 33 ADUN diketuai Tan Sri Musa Aman dan penyokong mereka masih belum kelihatan setakat pukul 9.00 pagi ini.

Permohonan difailkan oleh firma guaman FT Ahmad & Co Isnin lepas.

Dalam permohonan itu, Musa dan 32 ADUN lain meminta mahkamah memberikan injunksi terhadap pembubaran DUN Sabah serta mempersoalkan permintaan bertulis Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada Tun Juhar bagi pembubaran berkenaan.

Mohd Shafie pada 30 Julai lepas mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Tun Juhar.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *