2 Guru Wanita Cedera SUV Dipandu Terbalik Elak Anjing

Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas terbabas dan berpusing ketika cuba mengelak seekor anjing dalam kejadian di Jalan Merotai Kecil – Bombalai, pagi tadi.

TAWAU: Dua guru wanita cedera ringan apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Rush dinaiki mereka terbabas sebelum berpusing dan terbalik beberapa kali ketika mengelak anjing berhampiran Jalan Merotai Kecil-Bombalai, Tawau, jam 6 pagi tadi.

Toyota Rush dipandu guru berusia 36 tahun yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Umas-Umas.

Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas terbabas dan berpusing ketika cuba mengelak seekor anjing dalam kejadian di Jalan Merotai Kecil – Bombalai, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, mangsa dari arah Taman Semarak Megah dan dalam perjalanan ke SMK Umas-Umas.

“Tiba di lokasi, anjing terbabit tiba-tiba muncul dan pemandu membrek namun hilang kawalan menyebabkan Toyota Rush itu terbalik beberapa kali.

Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas terbabas dan berpusing ketika cuba mengelak seekor anjing dalam kejadian di Jalan Merotai Kecil – Bombalai, pagi tadi.

“Kedua-duanya hanya cedera ringan selain lebam di kepala,” katanya pada kenyataan.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memaklumkan, laluan berkenaan menjadi lokasi anjing liar berkeliaran.

“Pihak berkuasa temp atan (PBT) perlu ambil tindakan sewajarnya termasuk menangkap haiwan liar terbabit,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *