COVID-19: Sabah Catat Empat Kes Positif Pulang Dari Filipina

KOTA KINABALU: Empat kes baharu dilaporkan di Sabah hari ini membabitkan kes import bagi warganegara dan warga asing yang pulang dari Filipina.

Tiga daripada kes baharu yang dilaporkan di Sandakan itu adalah warga tempatan dan satu kes lagi melibatkan warga asing.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, dengan pertambahan empat kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sabah sebanyak 406 kes.

Bilangan kes aktif yang masih dirawat di hospital berpakar seluruh Sabah adalah sebanyak 19 kes, iaitu enam kes di Penampang dan Sandakan; serta dua kes di Kota Kinabalu. Manakala, masing-masing satu kes di Tawau, Tuaran, Kota Belud, Papar dan Beluran.

Beliau berkata, hanya satu kes pulih dilaporkan hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih setakat ini kekal seramai 379 kes.

Kes kematian di Sabah kekal dengan lapan kes, masing-masing empat kematian di Kota Kinabalu dan satu kematian di Tawau, Penampang, Keningau dan Tambunan.

Di seluruh Malaysia, sebanyak 15 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 9,038 kes. Kes baharu itu terdiri daripada 10 kes tempatan dan lima kes import.

Bilangan kes aktif di Malaysia sehingga kini adalah sebanyak 200 kes, termasuk dua kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Manakala, terdapat 11 kes pulih hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih sehingga kini adalah sebanyak 8,713 kes. Kes kematian di Malaysia sehingga kini kekal 125 kes.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *