COVID-19: Dua Kes Baharu Di Sabah Libatkan Wanita Dan Kanak-Kanak Pra Sekolah

KOTA KINABALU: Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan DI Sabah semalam membabitkan seorang wanita dan kanak-kanak warganegara.

Kes melibatkan kanak-kanak di Penampang yang dipercayai murid prasekolah telah dirujuk dari Klinik Kesihatan Penampang ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

Semalam, arahan penutupan sebuah kelas bagi prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Penampang telah dikeluarkan berikutan terdapat murid yang dijangkiti Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kes ini dikesan positif Covid-19 semasa saringan sebelum prosedur kemasukan wad di hospital berkenaan.

“Semua kontak serumah dan sekolah telah dikenal pasti dan mereka dikehendaki menjalani saringan Covid-19.

“Sementara kes di Beluran yang membabitkan seorang wanita tempatan pula telah dirujuk dari Hospital Duchess of Kent Sandakan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata, kontak pesakit ini telah dikenal pasti dan perlu menjalani saringan Covid-19.

Dengan dua kes baharu itu, kes di Sabah meningkat kepada 402 kes dengan 16 kes masih aktif dan dirawat di hospital berpakar seluruh Sabah.

Sehingga kini masih terdapat 1,356 orang menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di rumah (946 orang) dan pusat kuarantin (410 orang) di seluruh Sabah.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *