Polis Sabah Buru Empat Individu, Pecah Amanah

KOTA KINABALU: Polis sedang memburu empat individu membabitkan pelbagai kesalahan menipu termasuk jual tanah dan projek penyelenggaraan tanah di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata, semua empat individu itu merupakan warga tempatan yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 41 hingga 46 tahun.

Suspek yang dicari polis.

Katanya, suspek pertama yang dikenali sebagai Adward Saatah yang beralamat di Sandakan dikehendaki atas kesalahan penipuan penjualan tanah dan projek penyelenggaraan jalan yang tidak wujud membabitkan nilai RM150,000 bagi kedua-dua kes.

“Kes kedua pula membabitkan seorang lelaki bernama Henry Chin Fu Sook yang beralamat terakhir di Taman Wijaya, Manggatal.

“Suspek dikehendaki bersabit kesalahan pecah amanah atas wang hasil jualan runcit milik sebuah syarikat bernilai RM24,272.40,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Kontijen (IPK) Sabah, semalam.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, kes ketiga pula membabitkan seorang lelaki bernama Wong Tze Yuen yang didakwa melakukan pecah amanah sebanyak RM371,315.08.

Jelasnya, suspek melarikan pecah amanah di sebuah syarikat pengedaran dan pemasaran rokok di Penampang.

“Suspek kedua dan ketiga ini disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah pekerja manakala bagi suspek terakhir yang diburu pula adalah seorang wanita bernama Hasmah Tarudin yang beralamat di Taman Putatan Baru, Putatan.

“Suspek didakwa melakukan kesalahan penipuan membabitkan permohonan lanjutan passport yang tidak wujud,” katanya.

Zaini berkata, suspek dikatakan menipu sebanyak RM2,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau mengesa orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung semua suspek diminta menyalurkan kepada IPD Penampang ditalian 088-712222.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *