Covid-19: Satu Kelas Pra Sekolah Di SK Penampang Ditutup

Dr Mistirine Radin

PENAMPANG: Sebuah kelas pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Penampang ditutup dipercayai berlaku jangkitan Covid-19 dalam kalangan murid.

Arahan penutupan kelas selama dua minggu itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Dr Mistirine Radin berkata, terdapat kira-kira 50 murid pra-sekolah dan dua guru dalam kes tersebut sedang menanti arahan pihak kesihatan sama ada mereka perlu menjalani kuarantin di rumah atau menjalani saringan.

“Buat masa ini, pra-sekolah ini akan ditutup bagi tujuan disinfeksi kuman sehingga 18 Ogos,” katanya.

Setakat jam 4.30 petang, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) belum mengeluarkan statistik terbaharu kes di Sabah.

Semalam, kes di Sabah kekal 400 kes dengan 16 kes aktif masih ditempatkan di hospital seluruh Sabah.

Daripada jumlah itu, lima kes aktif dilaporkan di Penampang, empat di Kota Kinabalu serta dua kes masing-masing di Sandakan dan Tawau. Manakala, satu kes di Papar, Kota Belud dan Tuaran.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *