COVID-19: Dua Kes Baharu Di Sabah Libatkan Remaja

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang menjalankan siasatan dan mengenal pasti kontak dua remaja yang dikesan positif di Pintu Masuk Antarabangsa Laut di Terminal Feri Labuan.

Kedua-dua remaja tempatan ini masing-masing dari Penampang dan Sandakan dikesan positif semasa saringan kemasukan di pintu masuk di Labuan.

Christina Rundi

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kes positif itu melibatkan seorang remaja perempuan (Sandakan) dan remaja lelaki (Penampang).

“Kedua-dua kes telah dimasukkan ke wad di Hospital Labuan. Kini, siasatan dan pengesanan kontak sedang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan dan Penampang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Dr Christina berkata, mendapati masih terdapat penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

Maka, orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengawal dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dengan mengamalkan norma-norma baharu.

Katanya, orang ramai perlu mengelakkan tempat 3S (sesak, sempit dan sembang rapat) dan amalkan 3W (wash, wear & warn).

Sehingga 1 Ogos, bilangan ujian Covid-19 di Sabah mencecah 149,865.

Setakat ini, masih terdapat 1,076 individu menjalani kuarantin di seluruh Sabah dengan 731 orang dikuarantin di rumah dan 345 orang dikuarantin di 11 pusat kuarantin.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *