Shafie Apdal Adakan Sidang Media Pagi Ini

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal dijadual mengadakan sidang media di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri pagi ini.

Undangan ke sidang media pada 10 pagi itu dihantar oleh pejabat Ketua Menteri menerusi aplikasi WhatsApp.

Difahamkan ia mempunyai kaitan dengan perkembangan politik semasa di Sabah, khususnya berhubung dakwaan bekas ketua menteri Musa Aman yang beliau mendapat majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan negeri baharu.

Semalam, Musa yang juga Adun Sungai Sibuga pada sidang media di kediamannya kira-kira 6.30 petang mendakwa sudah memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri ini.

Bagaimanapun, Musa tidak memaklumkan jumlah majoriti mudah diperolehi bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Shafie yang juga presiden Warisan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ketika ini mempunyai 65 kerusi termasuk 5 ADUN dilantik dan majoriti mudah ialah 33 kerusi.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *