Musa Aman Dijadual Adakan Sidang Media Tengah Hari Ini

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman memperkatakan sesuatu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balong Datuk Osman Jamal di perkarangan kediamannya di Luyang bersama ADUN Sabah yang lain, semalam. FOTO BERNAMA

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dijadual mengadakan sidang media di kediamannya di Luyang, di sini, tengah hari ini.

Bagaimanapun, jemputan sidang media yang diedarkan kepada pengamal media melalui aplikasi WhatsApp, tidak menyatakan tujuan sidang media pada jam 12 tengah hari itu, namun berkemungkinan berkaitan perkembangan politik semasa di Sabah.

Semalam, Musa dalam sidang media di kediamannya, mendakwa memperoleh majoriti mudah hasil kerjasama pelbagai parti untuk membentuk kerajaan baharu.

Pagi tadi, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menemui Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi.

Ketika ini, Mohd Shafie sedang mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen blok kerajaan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini dan akan disusuli dengan sidang media kemudian. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *