COVID-19: Sabah Catat Empat Lagi Kes Baharu

KOTA KINABALU: Daerah Tawau, Tuaran, Sandakan dan Kota Belud masing-masing merekodkan satu kes positif Covid-19 baharu hari ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, Sabah kini merekodkan sebanyak 397 kes.

Menurut laporan harian itu, tiada kes pulih dilaporkan manakala kes kematian akibat jangkitan Covid-19 kekal tujuh kes.

Sementara itu, kes aktif di negeri ini menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 15 kes berbanding 11 kes semalam.

Di peringkat nasional pula, penularan wabak Covid-19 mencatatkan perkembangan positif apabila hanya lapan kes baharu direkodkan, setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lapan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,964.

Beliau turut memaklumkan, lima kes pulih dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang bebas daripada jangkitan Covid adalah 8,617 kes.

Tambahnya, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini, justeru jumlah kematian kekal sebanyak 124 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *