Polis Kawal Laluan Pintu Masuk Istana Negeri

KOTA KINABALU, 29 Julai: Polis mula mengadakan sekatan dan kawalan laluan pintu masuk utama ke Istana Negeri di sini malam ini susulan perkembangan politik semasa di negeri ini.

Pemerhatian mendapati suasana di pintu masuk istana juga dalam keadaan terkawal dan pengamal media sudah mula berkumpul di situ. 

Bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman hari ini mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri itu.

Musa dijangka menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di istana tersebut malam ini tetapi tiada pengesahan mengenai perkara itu setakat ini.

Semasa sidang akhbar terdahulu, Musa berkata beliau akan menyerahkan surat akuan bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengesahkan pendirian mereka untuk menyokong gabungan baharu yang diketuainya, kepada Tun Juhar.

Musa merupakan ADUN Sungai Sibuga dan penyandang kerusi tunggal UMNO di Dewan Undangan Negeri Sabah.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *