Musa Aman Dakwa Peroleh Majoriti Mudah Untuk Bentuk Kerajan Baharu Sabah

KOTA KINABALU, 29 Julai — Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri itu.

Bagaimanapun ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini, Musa tidak memberitahu jumlah majoriti mudah yang diperolehinya bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan).

Musa turut memaklumkan beliau akan mengetuai beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri dalam masa terdekat.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *