Dua Maut Kereta Bertembung

LABUAN: Dua penumpang sebuah kereta Perodua Bezza maut selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah van dalam kejadian di Jalan Tun Mustapha, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 malam berhampiran lampu isyarat Masjid An-Nur itu, kedua-dua lelaki berusia 40 dan 36 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius.

Foto Media Sosial

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun membawa kedua-dua mangsa bergerak dari arah bandar ke Jalan Masjid berkenaan.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa bertembung dengan sebuah Van jenis Nissan yang datang dari arah bertentangan.

“Kenderaan jenis Van berkenaan yang dipandu lelaki berusia 22 tahun itu bergerak dari arah Pohon Batu menuju ke pusat bandar.

“Akibat daripada impak kemalangan berkenaan, dua penumpang Perodua Bezza itu dikatakan terhumban keluar manakala seorang lagi tersepit ditempat duduk hadapan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhamad Farid berkata, pasukan paramedik ambulans Hospital Labuan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia.

Katanya, mangsa yang maut dikenali sebagai Amar Hassim dan Mal Parad dibawa ke Unit Forensik Hospital Nukleus W.P Labuan untuk proses bedah siasat.

“Manakala, kedua-dua pemandu hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Labuan. Sampel darah dan air kencing kedua-dua pemandu juga diambil untuk ujian dadah dan alkohol.

“Kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Proton Bezza semasa memandu keluar dari simpang,” katanya.

Muhamad Farid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.- AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *