390 PATI Filipina Diusir Pulang Ke Negara Asal

Seramai 390 Pati Filipina diusir pulang melalui Pelabuhan Sandakan, hari ini. Gambar ihsan MKN Sabah

SANDAKAN: Seramai 390 pendatang asing tanpa izin (Pati) dikembalikan ke negara asal mereka, FIlipina, melalui Pelabuhan Sandakan, hari ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, ia adalah merupakan pengusiran siri ke-22 melalui laut pada tahun ini.

Seramai 390 Pati Filipina diusir pulang melalui Pelabuhan Sandakan, hari ini. Gambar ihsan MKN Sabah

Beliau berkata, pengusiran itu menjadikan jumlah keseluruhan Pati diusir sepanjang tahun ini seramai 5,245 orang.

“Seperti siri pengusiran sebelum ini, semua tahanan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung.

“MKN Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Filipina kerana memberi kerjasama dalam memastikan urusan pengusiran berjalan lancar.

Gambar ihsan MKN Sabah

“Dalam pada itu, kami dan semua agensi terbabit terus komited untuk melaksanakan pengusiran Pati dan semua aktiviti berkaitan penguatkuasaan terhadap Pati walaupun ketika wabak Covid-19 masih belum berakhir,” katanya dalam satu kenyataan media, malam ini.

Menurutnya, semua pihak diminta memberi kerjasama dan sokongan terhadap usaha berkenaan.

Katanya, agensi penguat kuasa sangat menghargai maklumat dan bantuan diberikan penduduk tempatan dalam menjejaki dan menangkap Pati yang menyusup masuk ke negara kita.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pencerobohan Pati dinasihatkan menghubungi National Task Force di talian 011-62511223.

“Masyarakat dinasihatkan sentiasa berhati-hati jika berhadapan dengan Pati kerana status kesihatan mereka tidak diketahui, lebih-lebih lagi pada ketika ini negara jiran masih lagi mencatatkan kes jangkitan Covid-19 tinggi,” katanya.- HMEtro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *