‘Saya Bersaksi Kepada Allah, Tidak Tahu Jumlah Wang Itu’

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, sebentar tadi mengemukakan rayuan bagi diringankan hukuman.

“Sebagai orang Islam, wallahi wabillahi watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau saya ditawarkan RM42 juta itu.

“Saya bersaksi kepada Allah saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu.

“Begitu juga tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu,” katanya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Najib yang membuat kenyataan dari kandang tertuduh berkata, sepanjang perkhidmatan sebagai Perdana Menteri selama sembilan tahun, negara mengalami pertumbuhan ekonomi pesat.

Dalam tempoh itu juga, katanya, pasaran saham mencapai kedudukan paras tertinggi dan berlaku pembangunan pesat melalui pengangkutan serta dan perumahan awam dalam skala besar.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *