Covid-19: Melonjak Lagi 39 Kes Baharu Hari Ini

PUTRAJAYA: Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara melonjak kembali dengan merekodkan 39 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,943 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 39 kes baharu itu, 28 kes membabitkan penularan tempatan di dalam negara, baki 11 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Ada 39 kes baharu Covid-19 hari ini, termasuk 28 kes jangkitan tempatan. Tiada kematian baharu tetapi ada 2 kluster baharu.

“Dua kluster baharu itu adalah Kluster PUI Sivagangga di Kedah (lima positif Covid-19 ) dan Kluster Satok, Sarawak (empat positif Covid-19),” katanya mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia dalam kenyataannya, hari ini.

Berikut perincian kes baharu yang dilaporkan hari ini;

Sebelas kes import adalah dari negara:

• Arab Saudi (1 kes di Sabah);

• Ireland (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);

• Korea Selatan (2 kes: 1 kes di Sarawak dan 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);

• India (1 kes di Kedah);

• Rusia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);

• Amerika Syarikat (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);

• Amerika Selatan (1 kes di Sarawak);

• United Kingdom (2 kes di Sarawak); dan

• Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan)

Daripada 28 kes penularan di dalam negara, 22 kes adalah dalam kalangan warga Malaysia dan enam kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes penularan Covid-19 dalam kalangan warga Malaysia (22 kes) adalah;

1) Sarawak – 19 kes:

• Tujuh (7) kes daripada Kluster Sentosa

• Empat (4) kes daripada Kluster Kejuruteraan Kuching

• Empat (4) kes daripada Kluster Satok

• Satu (1) kes daripada Kluster Mambong

• Satu (1) kes daripada Kluster PUI Melbourne

• Satu (1) kes saringan pemantauan di pintu masuk lapangan terbang. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak

• Satu (1) kes saringan kendiri. Beliau tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak

2) Sabah: dua (2) kes saringan pesakit berisiko tinggi

• Satu (1) kes di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah

• Satu (1) kes di Hospital Lahad Datu

3) Kedah: satu (1) kes

• Daripada Kluster PUI Sivagangga

Bagi kes jangkitan dalam negara (6 kes) dalam kalangan bukan warganegara pula adalah seperti berikut:

• Sarawak: dua (2) kes daripada Kluster Sentosa

• Kedah: empat (4) kes daripada Kluster PUI Sivagangga

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan ada enam kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini dengan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 8,607 kes, 96.24 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, daripada keseluruhan 8,943 kes kumulatif Covid-19 di Malaysia, kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 212 kes.

“Sehingga kini, hanya satu kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu lagi memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, justeru jumlah kumulatif kes kematian dalam negara kekal sebanyak 124 kes, 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *