TERKINI: Tiada Sekatan Perjalanan, Boleh Balik Kampung Tetapi Perlu Patuh SOP

KUALA LUMPUR: Perjalanan rentas negeri dan daerah dibenarkan sempena sambutan Aidiladha, Jumaat ini kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun katanya, orang ramai perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Sebenarnya tidak ada sekatan perjalanan, sebab itu saya kata masih boleh balik kampung, cuma patuhi SOP.

“Walaupun dibenarkan tapi kita kena jaga diri kita,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

Sebelum, timbul khabar angin mengatakan kerajaan akan melarang pergerakan rentas negeri dan daerah susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19, sejak kebelakangan ini.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *