52 Individu Dikompaun Di Penampang Gagal Jaga Jarak Sosial

Orang awam yang dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP PKPP di Penampang.

PENAMPANG: Seramai 52 individu dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana gagal menjaga jarak sosial di sekitar Penampang sejak 23 Julai hingga semalam.

Sepanjang operasi selama tiga hari itu, pemantauan PKPP dijalankan di beberapa lokasi tumpuan seperti kafe.

Orang awam yang dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP PKPP di Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sepanjang operasi itu, seramai 52 orang dikenakan kompaun selepas didapati melanggar arahan PKPP.

Katanya, semua yang dikenakan kompaun berusia 15 hingga 40 tahun selepas didapati berkumpul di premis tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

Orang awam yang dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP PKPP di Penampang.

“Seramai 52 individu membabitkan pelanggan kafe dikompaun kerana tidak mematuhi arahan PKPP.

“Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk memutuskan penularan pandemik Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mohd Haris berkata, tindakan kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Peraturan 3 Dalam Jadual Aktiviti Terlarang.

Sehubungan itu, Mohd Haris menasihati orang ramai khususnya di daerah itu supaya sentiasa mematuhi SOP PKPP.

“Kita minta orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan, ini kerana kita dapati sikap masyarakat khususnya di daerah ini seolah-oleh mengabaikan SOP yang digariskan,” katanya.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *