Jalan Sesak Angkara Tangkap Suami Curang

Wanita dilihat memanjat bonet SUV yang dipercayai dinaiki suaminya. Foto Agensi

New Delhi: Tindakan nekad seorang wanita yang mahu menangkap suaminya yang curang menyebabkan kesesakan lalu lintas di tengah bandar Mumbai, India..

Wanita itu nekad mengejar kereta suaminya yang dipercayai dipandu oleh suaminya dan dinaiki oleh seorang wanita lain.

Gulf News melaporkan kejadian yang berlaku di Jalan Pedder itu tular di media sosial selepas dimuat naik oleh pengguna internet.

a mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang menganggap tindakan wanita itu lucu, manakala segelintir yang lain bersimpati dengannya.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, seorang wanita kelihatan memberhentikan kenderaannya di tengah jalan.

Dia memanjat bonet sebuah kereta kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai dinaiki suaminya.

Wanita yang kelihatan amat marah dilihat menanggalkan selipar dan mengetuk cermin depan kenderaan berkenaan.

Dia juga dilihat menjerit-jerit dipercayai bagi meminta penumpang hadapan SUV itu supaya keluar.

Difahamkan, sebelum kejadian, wanita itu mengekori kenderaan suaminya.

Akibat tindakannya, berlaku kesesakan lalu lintas.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *