361 Kes Denggi Di Tawau

Navindran

TAWAU: Sebanyak 361 kes demam denggi membabitkan satu kematian dilaporkan berlaku di daerah ini dalam tempoh 29 minggu pertama tahun ini.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata, jumlah itu cukup membimbangkan apatah lagi berlaku sehingga enam kes membabitkan satu kawasan perumahan yang sama.

“Jumlah ini dijangka terus meningkat sekiranya  masyarakat masih memandang ringan aspek kebersihan di kawasan mereka.

“Justeru, saya menyeru masyarakat sentiasa peka dengan kebersihan kawasan masing-masing terutamanya membabitkan tempat yang boleh menakung air,” katanya kepada media, semalam.

Menurut Navindran, keadaan cuaca tidak menentu termasuk hujan menjadi faktor penyumbang kepada berlakunya takungan air jernih yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *