30 Mangsa Banjir Di Beaufort Dibenarkan Pulang

BEAUFORT: Banjir kilat akibat hujan selama beberapa jam semalam menyebabkan seramai 30 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat perpindahan sementara, Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir.

Bagaimanapun, semua mangsa terdiri daripada sembilan keluarga itu sudah dibenarkan pulang dan pusat perpindahan ditutup pukul 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, antara kampung yang terjejas akibat banjir kilat termasuk Kampung Muhibbah, Kampung Kiulu Lumat, Kampung Lumat Laut dan Kampung Lumat Ulu.

“Semua mangsa dipindahkan ke dewan  sejak pukul 9 malam tadi selepas air banjir semakin meningkat naik.

“Bagaimanapun, banjir mulai surut hari ini dan pusat perpindahan ditutup sebelum semua mangsa banjir dibenarkan pulang pukul 11 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Azmir berkata, antara agensi yang terlibat dalam operasi itu termasuk Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan beberapa agensi lain.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *