Saya Dilamar Tetapi Saya Tolak – Jamawi

Jamawi Jaafar

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar mengakui ‘dirisik’ dan ‘dilamar’ oleh pihak tertentu berkaitan isu politik Sabah bagi mengubah sokongan kepada kerajaan baharu.

Bagaimanapun, Jamawi ketika dihubungi hari ini menyatakan bahawa beliau tidak akan mengubah sokongannya dengan melompat ke parti lain.

Katanya, tawaran itu datang sejak bulan lalu lagi.

“Risikan dan lamaran memang ada… hati kena kuat. Sejak awal Jun lalu (dirisik),” katanya dengan ringkas.

Sementara itu, diminta mengulas berhubung khabar angin beliau disenarai sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam kabinet bayangan yang dipimpin Tan Sri Musa Aman, jamawi menganggap dakwaan itu sebagai kerja ‘budak nakal’.

“Tidak betul dan kerja budak-budak nakal,” katanya.

Khabar angin itu tersebar sejak kelmarin kononnya akan berlaku perubahan dalam kerajaan Sabah yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *