Perut Membesar Bongkar Rahsia Remaja 15 Tahun Mangsa Rogol

Gambar Hiasan

TAWAU: Kecurigaan seorang ibu melihat perut anaknya membesar membongkar perbuatan terkutuk jiran sekampung di Tawau yang merogol gadis bawah umur itu hingga mengandung.

Semuanya terbongkar apabila wanita berusia 38 tahun itu membawa anaknya yang berusia 15 tahun itu melakukan pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan di Tawau kira-kira jam 8 pagi semalam.

Sumber berkata, wanita itu membawa anaknya ke klinik kerana curiga dengan keadaan perut anaknya yang membesar sebelum doktor memaklumkan gadis itu kini hamil lapan bulan.

“Selepas ditanya, mangsa mengaku dirogol oleh seorang lelaki yang juga jiran sekampungnya sebanyak dua kali dengan kejadian pertama di rumah mangsa sendiri pada awal November tahun lalu.

“Mangsa juga tidak menyedari dirinya mengandung namun memaklumkan kali terakhir datang bulan pada bulan Oktober 2019,” katanya.

Sehubungan itu, ibu mangsa membuat laporan di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Katanya, suspek berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira jam 11.40 pagi semalam.

Suspek turut direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *