Malaysia Bakal Berdepan Peningkatan Mendadak Kes Covid-19

PUTRAJAYA: Malaysia bakal berdepan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar jangkitan atau R-naught (R0) pada ketika ini adalah 1.36 meningkat berbanding 0.3 pada tiga minggu lalu.

“Apa yang membahayakan adalah kalau R-naught meningkat lebih 1.6 dan bererti lebih ramai dijangkiti,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan nilai R0 berlaku berikutan peningkatan kes dan pengesanan beberapa kluster baharu baru-baru ini.

“Pada 9 Julai lalu, jumlah kes aktif adalah 63 kes dan hari ini 143 kes iaitu kenaikan berganda,” katanya.

Justeru beliau merayu kepada seluruh rakyat agar sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jadi saya merayu kepada rakyat supaya patuh kepada SOP.

“Hanya ada tiga perkara perlu laksanakan iaitu penjarakan selamat satu meter, memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun dan air,” katanya.

Nilai R0 pada sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada kadar 3.55.

Jumlah kes aktif dilaporkan setakat ini 143 kes. – Sinar

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *