SPRM Sabah Terima 85 Aduan Salah Laku Penjawat Awam

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menerima sebanyak 85 aduan membabitkan salah laku penjawat awam.

Mengikt rekod yang dikeluarkan, kebanyakan salah laku itu khususnya membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT) sepanjang tempoh 2017 hingga 2019.

Pengarah SPRM Sabah Karunanithy Y. Subbiah berkata, hasil siasatan yang dilakukan pihaknya bagaimanapun mendapati laporan yang diterima itu ada yang tidak benar.

“Daripada semua maklumat itu, bukan semua maklumat betul. SPRM sahkan memang ada menerima maklumat, bukan hanya berkaitan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tetapi juga PBT lain kerana mereka sentiasa  berdepan dengan orang ramai.

“Kadang-kadang ada yang tidak puas hati, akan tulis surat kepada SPRM walaupun bukan berkaitan dengan isu rasuah,” katanya kepada selepas melancarkan majlis ‘polisi tiada hadiah’ DBKK, di Bangunan DBKK di sini, hari ini.

Turut hadir Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman.

Mengulas mengenai program itu, Karunanithy berkata ia adalah usaha berterusan dalam menyebarkan maklumat mengenai budaya menerima hadiah yang boleh membuka ruang dan peluang kepada pelakuan rasuah dalam kalangan masyarakat.

Katanya, DBKK menyahut seruan itu dengan menjadikan polisi itu sebagai budaya kerja dalam melaksanakan tanggungjawab sekaligus memberi contoh terbaik kepada pihak berkuasa lain. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *