Sentuh Kemaluan Pelajar, Pemandu E-Hailing Dijel 5 Tahun & Sebatan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang pemandu e-hailing berumur 39 tahun yang melakukan penganiayaan seksual ke atas seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dikenakan sekali sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu ke atas Marto Basinau yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibuat ke atasnya pada Rabu.

Marto melakukan kesalahan itu ke atas pelajar Tingkatan Empat dengan menyentuh kemaluannya pada jam 5.15 pagi pada 17 Februari tahun ini di dalam kenderaan Marton ketika dalam perjalanan ke sekolah remaja berkenaan.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, Marto yang tidak diwakili merayu tiada hukuman penjara dikenakan ke atasnya dengan mengatakan dia perlu menyara isterinya.

Dia turut memaklumkan mahkamah bahawa dia mempunyai banyak komitmen termasuk pembayaran bulanan kereta dan sewa rumahnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Faezah Jafry menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan atas dasar Marto melakukan kesalahan serius dengan mengambil kesempatan terhadap remaja lelaki berkenaan yang menggunakan perkhidmatan e-hailing oleh Marto.

Mahkamah diberitahu insiden itu berlaku ketika lelaki terbabit berada di dalam kereta Marto apabila Marto bercakap tentang perbualan berbaur pornografi dan tiba-tiba Marto membuka zip seluar mangsa kemudian menyentuh kemaluannya.

Mangsa tidak dapat melakukan apa-apa waktu itu kerana dia bimbang Marto akan mencederakannya.Marto kemudian menghantar lelaki itu ke sekolahnya.

Remaja itu kemudian mendedahkan tentang insiden berkenaan kepada gurunya, yang kemudian menghubungi kakak remaja itu sebelum mereka membuat laporan polis.

Marto ditangkap selepas itu.  – Harian Ekspress

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *