Tembak Mati Adik Ingkar Arahan Main Polis Dan Pencuri

Budak lelaki 13 tahun yang menembak adiknya dijangka didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh. Foto Agensi

PHILADELPHIA: Seorang kanak-kanak lelaki di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) menembak mati adiknya ketika mereka bermain permainan police and thief (polis dan pencuri).

Mirror UK melaporkan, pada kejadian Rabu lalu, budak berusia 13 tahun menembak adik lelakinya yang berusia sembilan tahun menggunakan pistol bapa mereka.

Bapa budak itu memberitahu polis yang dia menyimpan pistol berkenaan di satu ruangan tidak berkunci di sofa di ruang tamu rumahnya.

Dia memberi alasan berbuat demikian untuk melindungi rumahnya.

Senjata api itu bagaimanapun ditemui oleh anaknya itu.

Budak berkenaan memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia tahu bapanya menyimpan pistol yang berisi peluru.

Dia juga mengakui kepada polis bahawa dia menembak adiknya kerana berang selepas mangsa ‘tidak mengikut arahannya’ ketika bermain permainan berkenaan

Selepas melepaskan tembakan, budak itu menghubungi talian kecemasan sebelum memaklumkan adiknya cedera dan memerlukan bantuan.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *