Suami Kejam!

Amnuay ditahan polis selepas mengelar mati isterinya. Foto Bangkok Post

BANGKOK: Suami kejam. Sudahlah membunuh isterinya dengan mengelar leher wanita itu ketika tidur, seorang suami tidak berhati perut sanggup mencuri wang mangsa untuk melanggan pelacur.

Pendedahan itu dibuat suspek Amnuay Boonsong, 63, selepas ditahan polis dan mengaku mengelar mati isterinya akibat terlampau marah kerana wanita berkenaan mengadu lelaki itu kerap meminta wang.

Suspek ditangkap di taman awam Suan Rak di daerah Muang, Jumaat lalu. Penangkapan itu dilakukan selepas isterinya Lek Khamkhen, 73, ditemui mati dengan kesan kelar di leher di rumah mereka di wilayah Prasuk of Chum Phuang.

Mayat wanita itu ditemui adik mangsa, Mali Manmak, 70, yang kemudian melaporkan kepada polis.

Mangsa seorang penjual sayur di pasar tempatan dipercayai sudah dua hari tidak berniaga menyebabkan Mali cuba menelefonnya beberapa kali, tetapi panggilan tidak dijawab.

Dia kemudian ke rumah kakaknya dan mendapati pintu depan berkunci.

Sebaik dia memasuki pintu belakang dia terkejut melihat kakaknya terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *