Parlimen: Azhar Harun Yang Dipertua Dewan Rakyat Baharu

Datuk Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun mengangkat sumpah Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, hari ini.

Upacara pada 2.45 petang itu dilaksanakan dalam keadaan Ahli Parlimen pembangkang mendesak supaya dibenarkan mengemuka calon YDP dan melakukan pengundian semula.

Pencalonan Azhar diusulkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Azhar dilantik sebagai pengerusi SPR pada 21 September 2018 dan meletakkan jawatan, 29 Jun lalu.

Terdahulu, pada sesi pagi persidangan Dewan Rakyat, usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan dengan 111 Ahli Parlimen menyokong, 109 Ahli Parlimen tidak bersetuju manakala seorang tidak hadir.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *