Pertuduhan Terhadap Peter Anthony Ditangguh Ke 28 Julai

KUALA LUMPUR:  Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menangguhkan tarikh pendakwaan terhadap Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah, Peter Anthony pada 28 Julai depan.

Sebelum ini, Peter tidak hadir di mahkamah sama pada 22 Jun lalu kerana mengalami vertigo dan dimasukkan ke hospital.

Berikutan itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Azman menangguhkan kes itu sehingga esok sepatutnya (10 Julai).

Peguam Anthony, Haniff Khatri Abdulla mengesahkan penangguhan terbaharu berkenaan.

Anthony dijangka berdepan dengan tuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan atas pertuduhan “menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen tulen.”

Hukuman maksimum bagi mereka yang disabitkan bersalah di bawah Seksyen 471 ialah penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Anthony sebelum ini telah didakwa dengan lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta pada bulan lalu di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, yang berkaitan dengan perjanjian tanah RISDA.

Satu lagi tuduhan difailkan terhadapnya iaitu didakwa bersubahat dengan peguam (Micheal Persius Ubu) dalam melakukan pecah amanah (CBT).

Michael turut didakwa dengan dua tuduhan pengubahan wang membabitkan jumlah lebih RM3 juta dan satu pertuduhan CBT.

Perjanjian tanah RISDA itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di antara tahun 2017 dan 2018.

Michael tidak berada di Sabah ketika agensi pencegahan rasuah itu meminta bantuannya dalam siasatan mereka.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *