Kes Covid-19 Cecah 12 Juta Di Seluruh Dunia

Jururawat memeriksa keadaan pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hopsital di Panama. Foto AFP

Ankara: Kes Covid-19 dunia melebihi 12 juta pada Rabu, lapor agensi berita Anadolu, berdasarkan data Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Jumlah kematian akibat virus itu mencecah 548,822 orang, dengan angka pemulihan sebanyak 6.5 juta.

AS kekal sebagai negara paling teruk dijangkiti dengan lebih tiga juta jangkitan, manakala jumlah kematiannya melebihi 132,000.

Brazil, yang mencatat jumlah kes dan kematian Covid-19 terbanyak di Amerika Latin, mempunyai jumlah jangkitan kedua tertinggi di seluruh dunia lebih 1.71 juta.

Rusia, India, Itali, Sepanyol dan United Kingdom juga antara negara paling teruk dilanda pandemik itu.

China, yang berada di bawah sifar virus, sudah mencatat 84,946 kes setakat ini, termasuk 4,641 kematian dan 79,802 pemulihan.

Pandemik itu sudah merebak ke 188 negara dan wilayah sejak akhir tahun lalu.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *