8 Beranak Nyaris Terperangkap Dalam Kebakaran

LABUAN: Lapan beranak nyaris terperangkap dalam kebakaran rumah mereka di Taman Mutiara, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu, seorang wanita berusia 49 bersama tujuh anaknya yang berusia antara 22 hingga sembilan tahun  sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari api marak secara tiba-tiba di salah sebuah bilik.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan, Ismaidi Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 3.53 pagi.

“Seramai tujuh anggota diketuai seorang Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Labuan dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rancha-Rancha dikejar ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan berlaku kebakaran di kawasan berkenaan membabitkan sebuah rumah di tingkat dua yang didiami lapan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya lagi, operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 4.22 pagi.

“Turut dilaporkan, kebakaran bermula dari bilik utama rumah berkenaan.

“Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *