10 Tahun Tak Mandi

Suroto ketika dikunjungi pelawat, baru-baru ini. Gambar Agensi

JOGJAKARTA: Berbaring di katil 10 tahun. Itu keadaan seorang lelaki berusia 40 tahun di Magelang, dekat sini.

Namun, anehnya lelaki bernama Suroto yang menetap di Dusun Keron, Desa Krogowana, Kecamatan Sawangan, Kabupaten Magelang itu tiada apa-apa penyakit.

Detik News melaporkan sepanjang tempoh itu, dia tidak mandi sebaliknya hanya berbaring di dalam bilik bersebelahan dapur.

Suroto juga kekal dengan posisi seperti tidur dan hanya memakai kain pelekat untuk menutup tubuhnya.

Jika ada tetamu, Suroto menutup wajahnya dengan tikar atau kain pelekat.

Difahamkan, Suroto menjalani kehidupan normal sebelum ini, tetapi sikapnya berubah selepas Gunung Merapi meletus pada 2010.

Dia tidak menjamah makanan yang disediakan ibunya. Jika makan pun, hanya sekali dalam tempoh tiga atau empat hari.

Menurut saudara lelaki itu dikenali Sujono, Suroto berubah disebabkan masalah keluarga.

Tambah Sujono, Suroto mengalami kemurungan sejak 2003 dan pernah melakukan jenayah sehingga dihukum penjara.

“Ketika masih bekerja, Suroto menyerahkan wang kepada ibunya untuk disimpan kerana mahu membeli motosikal.

“Bagaimanapun, wang itu habis sebaik dia mahu menggunakannya dan sejak itu Suroto kemurungan.

“Mulanya dia hanya berkurung selama dua tahun, tetapi ia berterusan sehingga kini,” katanya.

Menurut Sujono, Suroto hanya keluar daripada biliknya untuk ke tandas.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *