Mayat Lelaki Dipercayai Dibaham Buaya Ditemui

Foto Ihsan Bomba

TAWAU; 04 JULAI 2020 (Sabtu) – Lelaki yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika mandi di Kampung Sungai Kalabakan kelmarin ditemui kira-kira 11.03 minit pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zulbada Alior ketika dihubungi RTM berkata, mangsa seorang lelaki berusia 20-an ditemui penduduk kampung kira-kira 3 kilometer dari lokasi kejadian.

Foto Ihsan Bomba

Pagi tadi, usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan penduduk kampung disambung semula selepas gagal menemui mangsa sehingga pukul 6 petang kelmarin selain cuaca gelap.

Pencarian turut menggunakan lapan buah bot, masing-masing sebuah dari JBPM Tawau dan 7 penduduk kampung.

Foto Ihsan Bomba

Menurut Zulbada, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.14 petang kelmarin.

(SAR) dilakukan menerusi pencarian dipermukaan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Sungai Kalabakan dan orang ramai.

#BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *