Lelaki Jatuh Gaung 75 Meter Selamat

SANDAKAN: Seorang lelaki bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan selepas terjatuh ke gaung sedalam 75 meter.

Mangsa, Hisyamsee Hamzah, 23, dipercayai melakukan aktiviti mendaki bukit bersama rakan dan bapanya di Jalan Ulu Sibuga POIC, Taman Mawar di sini, petang semalam, sebelum terjatuh ke dalam gaung bersama basikal digunakan.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Martin Thomas, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.11 petang sebellum menghantar 11 anggota penyelamat ke lokasi yang terletak 15 kilometer (km) dari balai.

Katanya, pasukan membuat penyelamatan dengan menggunakan sistem menurunkan dan mengangkut bagi menyelamat mangsa.

“Mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh pasukan perkhidmatan bantuan kecemasan perubatan (EMRS) sebelum dibawa naik ke lokasi selamat.

“Mangsa yang cedera ringan kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan lanjut,” katanya.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *