Penggunaan Maksimum Ruang Di Masjid & Surau Untuk Solat Jumaat Kini Dibenarkan – Dr. Zulkifli

PUTRAJAYA: Kita sedia maklum bahawa pembukaan semula penggunaan masjid dan surau untuk solat berjemaah dan solat Jumaat telah dibenarkan sepenuhnya oleh kerajaan selepas beberapa bulan ditutup untuk membendung gejala wabak Covid-19 yang melanda negara kita.

Menerusi kenyataan media daripada Menteri Hal Ehwal Agama mengenai perlaksaan Solat Jumaat dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan diperluaskan mengikut tiga perkara yang dicadangkan oleh kerajaan iaitu;

  1. Memberi kebenaran kepada surau dan dewan yang sesuai untu mendirikan Solat Jumaat
  2. Memaksimumkan penggunaan kawasan atau ruang di masjid dan surau Jumaat yang sedia ada.
  3. Dalam perlaksanaan tersebut, pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Sumber: Dr Zukifli Al Bakri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *