UMNO Kota Belud Tak Tahu Salleh Keruak Mohon ‘Rujuk’

Salleh Said Keruak mohon sertai semula UMNO.

KOTA KINABALU: UMNO Bahagian Kota Belud sudah menyatakan pendiriannya kepada kepimpinan peringkat negeri dan pusat berhubung laporan mengenai permohonan bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai semula parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Fadli Juanas, pihaknya berpendirian permohonan mana-mana individu yang sudah meninggalkan UMNO perlu dikaji semula dari segala sudut. Suara akar umbi perlu didengar melebihi kepentingan lain.

“Setakat ini kami berpendapat kenyataan Bung (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin) lebih bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian UMNO Sabah secara keseluruhan,” katanya tetapi tidak menyatakan pendirian bahagiannya itu.

Fadli berkata, pihaknya juga tidak menerima surat permohonan daripada Salleh Said, sebaliknya hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan Bung Moktar.

Fadli berkata, majoriti rakyat masih kecewa dan marah dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemimpin yang sanggup meninggalkan parti ketika UMNO kalah.

Media semalam melaporkan Bung Moktar mengesahkan UMNO Sabah menerima surat permohonan Salleh untuk menyertai semula parti.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *