Nyanyi Di Kubur Rai Majlis Kahwin

Wanita Tunisia meraikan majlis perkahwinan di sebuah tanah perkuburan. Gambar Agensi

TUNIS: Tiada adab dan tidak kena tempat. Itu dapat dikatakan berhubung tindakan sekumpulan wanita di Tunisia menyanyi dan menari di sebuah tanah perkuburan.

Gulf News melaporkan ia selepas sebuah video yang didakwa memaparkan kejadian itu tular di media sosial.

Berdasarkan video berkenaan, tetamu terdiri daripada wanita dan kanak-kanak menyaksikan sekumpulan wanita memainkan alat muzik sambil menari dan menyanyi.

Difahamkan, mereka menganjurkan acara itu bagi meraikan majlis perkahwinan.

Tindakan itu membangkitkan kemarahan ramai pihak. Mereka kemudian turut berkongsi dengan memuat naik video berkenaan di Facebook.

Ada yang melabelkan insiden yang dipercayai berlaku di bandar Mahdia itu sebagai satu ‘skandal’.

Video itu tular selepas meraih ribuan tontonan sejak ia dimuat naik serta mengundang rasa kurang senang warganet.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *