Guru Besar Dihukum Dipenjara Enam Bulan

SANDAKAN: Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini memerintahkan seorang guru besar menjalani hukuman penjara enam bulan atas tiga pertuduhan menyalahgunakan kuasa yang dilakukan antara tahun 2016 hingga 2017.

Hakim, Abdul Bakar Manat turut memerintahkan tertuduh, Brahim Zakaria, 55, membayar denda RM3,000 atau tiga bulan penjara bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda.

Abdul Bakar turut mengarahkan hukuman penjara dijalankan serentak.

Brahmin sebelum ini mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan alternatif menyalahgunakan kuasa menggunakan wang Kumpulan Wang Suwa (Sumbangan Wang Awam).

Berdasarkan kertas pertuduhan, Brahim dituduh melakukan kesalahan itu antara 2016 dan 2017 dengan masing-masing berjumlah RM6,000, RM5,000 dan RM3,300.

Brahim didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Pada Februari lalu, mahkamah terpaksa menangguhkan keputusan hukuman terhadap tertuduh selepas tertuduh dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent akibat mengalami serangan jantung.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Faliq Basiruddin.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *