Christina Sentiasa Konsisten Dengan Pendirian

KOTA KINABALU: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Datuk Christina Liew sentiasa konsisten dalam memberikan sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu sesi secara langsung dalam Facebook baru-baru ini, Christina bagaimanapun menjelaskan wujud ketidaksefahaman diantara Anwar dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa bulan ini mengenai siapa calon Perdana Menteri selepas jatuhnya kerajaan PH.

Christina mengakui perubahan dalam arena politik adalah tidak dijangkakan dan tiba-tiba nama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencul sebagai calon jawatan Perdana Menteri itu.

“Cadangan mencalonkan Shafie sebagai Perdana Menteri adalah satu sejarah kepada negara ini, sebagai rakyat Sabah, kita mengalu-alukan orang Sabah sendiri menerajui jawatan berkenaan.

“Selepas lebih daripada seabad negara mencapai kemerdekaan, kita akhirnya mampu melihat harapan untuk negeri ini,” katanya.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *