19 Individu Ditahan Dalam Serbuan Parti Liar

TAWAU; 01 JULAI 2020 (Rabu) – Lapan wanita antara 19 individu ditahan dalam serbuan Operasi Parti Liar di sebuah rumah di Taman Nordin Tawau, semalam (30 Jun).

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan medianya berkata, dalam serbuan pukul 8.30 pagi itu, semua yang ditahan termasuk tiga warga Indonesia berumur 21 hingga 34 tahun.

Beliau berkata, semasa serbuan dilakukan, kesemua suspek dieksan mencurigakan dan tidak menjaga penjarakan sosial di rumah terbabit.

Katanya, pihaknya tidak menemui sebarang dadah bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati kesemua tangkapan Positif dadah Ketamine, Amphetamine dan Methamphetamine.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, kes juga disiasat dibawah Seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 sementara tiga warga Indonesia turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, Kesemua tangkapan terbabit dikompaun di bawah Peraturan 3 Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1998.

Menurut ACP Peter, 11 lelaki direman selama empat hari manakala lapan wanita berkenaan direman tiga hari bermula hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *