Shafie Mahu Putrajaya Percepat Pelan Mitigasi Banjir Kota Belud

KOTA BELUD: Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal mengusulkan agar RM50 juta yang diperuntukkan kerajaan pusat untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek mitigasi banjir di sini digunakan untuk melaksanakan projek itu.

Ini kerana katanya, berdasarkan perkembangan semasa, kajian kebolehlaksanaan itu sudah tidak perlu memandangkan kejadian banjir di sini antaranya disebabkan oleh sungai yang cetek.

“Ada sungai (di Kota Belud) perlu didalamkan dan diperluaskan supaya pengaliran air lebih lancar. Ini antara (langkah) yang perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir dan penduduk kampung terjejas di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, Shafie berkata, beliau juga mahu kerja-kerja penyelenggaraan longkang dan parit di daerah ini dilaksanakan secara lebih efisien supaya aliran air lancar, sekali gus dapat mengurangkan risiko banjir setiap kali hujan lebat melanda secara berterusan.

Selain Kota Belud, 9 daerah di Sabah iaitu Tuaran, Putatan, Penampang, Papar, Beaufort, Keningau, Tenom, Kota Marudu dan Pitas turut terjejas banjir berikutan hujan lebat berterusan pada Sabtu.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *