Kereta Hangus Terbakar Selepas Bertembung Lori Di Jalan Papar

PAPAR: Dua pemandu terselamat selepas kenderaan yang dipandu bertembung sebelum terbakar dalam kejadian di kilometer 8, Jalan Baru Papar-Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan dan sebuah lagi Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Anak Umpit berkata, hasil siasatan mendapati, lori tiga tan yang dipandu lelaki berusia 37 tahun bergerak dari arah dari Lawas menuju ke Sepanggar.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu Proton Saga berusia 42 tahun yang bergerak dari arah bertentangan dikatakan tiba-tiba memasuki lorong bertentangan.

“Ketika lori yang membawa barang berkenaan sedang menuruni Bukit Melinsung, tiba-tiba kereta Proton Saga masuk kelaluan lori lalu bertembung.

“Akibat perlanggaran terbabit, bahagian depan kereta Proton Saga terbakar dan pemandu sempat menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Batholomew berkata, api berjaya dipadamkan oleh pasukan Bomba Papar dan tiada kecederaan dilaporkan membabitkan kedua-dua pemandu.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Peraturan 10 LN166/59.

 Impak kemalangan yang berlaku di Bukit Melinsung Papar, petang, semalam, mengakibatkan salah satu kenderaan terbakar.
 Impak kemalangan yang berlaku di Bukit Melinsung Papar, petang, semalam, mengakibatkan salah satu kenderaan terbakar. – Foto Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *