26 Tahun Tidak Dibenar Keluar Rumah

Nadezhda (kiri) dan ibunya (kanan) tidak keluar daripada rumahnya sejak 26 tahun lalu. Foto Google

MOSCOW: Mengejutkan apabila seorang wanita berusia 42 tahun tidak keluar dari rumah selama 26 tahun walaupun dalam keadaan sihat kerana ibunya tidak mengizinkan.

Nadezhda Bushueva, 42, tinggal di kawasan kampung di Arefinsky, barat Russia sejak berusia 16 tahun.

Difahamkan Nadezhda juga jarang mandi malah dibiarkan tidur di rumah dengan puluhan tikus dan bangkai kucing.

Dia memutuskan untuk pulang ke kampung itu untuk menjaga ibunya, Tatyana yang jatuh sakit dan perlu dimasukkan ke hospital.

Bagaimanapun, buat pertama kalinya dalam 26 tahun, dia keluar daripada rumah itu selepas berkurung dalam rumah selepas ibunya mahu ‘melindunginya daripada bahaya dunia luar.’

Lebih menyedihkan, Nadezhda dilaporkan tidak mencuci rambutnya dalam tempoh 12 tahun hingga membentuk gumpalan, malah tidak menukar pakaiannya dalam tempoh lama.

Media Russia melaporkan, jiran wanita itu berkata Tatyana melakukan perbuatan itu demi melindungi anak perempuannya.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *